ENAKMEN 9 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 2002

BAHAGIAN V - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB 3 - DARIHAL PERTUDUHAN



Seksyen 91. Jika diragui kesalahan apakah yang telah dilakukan.

Jika satu perbuatan atau suatu siri perbuatan adalah sedemikian jenisnya sehingga terdapat keraguan mengenai kesalahan yang manakah yang diwujudkan antara beberapa kesalahan yang dapat diwujudkan oleh fakta yang boleh dibuktikan, tertuduh boleh dipertuduh melakukan kesemua atau mana-mana kesalahan itu, dan apa-apa bilangan pertuduhan itu boleh dibicarakan bersekali, atau dia boleh dipertuduh secara alternatif telah melakukan mana-mana satu kesalahan sedemikian dan boleh dibicarakan bersekali.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.