ENAKMEN 3 TAHUN 2001
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH (TERENGGANU) 2001

BAHAGIAN IV - PELBAGAI



Seksyen 15. Perakuan pewaris.

Jika dalam perjalanan mana-mana prosiding yang berhubung dengan pentadbiran atau pembahagian harta pusaka seseorang si mati yang beragama Islam, mana-mana Mahkamah atau pihak berkuasa, selain Mahkamah Tinggi Syariah atau suatu Mahkamah Rendah Syariah, mempunyai kewajipan untuk menentukan-


Mahkamah Syariah boleh, atas permohonan mana-mana orang yang menuntut bahawa dia menjadi benefisiari atau wakilnya, dan setelah dibayar olehnya fi yang ditetapkan, memperakukan fakta-fakta yang didapati oleh Mahkamah Syariah itu dan pendapat Mahkamah Syariah itu tentang orang-orang yang berhak atau bahagian-bahagian itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.