ORDINAN 43 TAHUN 2001
ORDINAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM, 2001
BAHAGIAN VII - PENJAGAAN
Penjagaan ke atas Orang dan Harta
Seksyen 99. Cagaran hendaklah diberi.
(1) Jika seseorang dilantik oleh Mahkamah menjadi penjaga bagi harta seseorang kanak-kanak belum dewasa, maka dia hendaklah,
melainkan jika Mahkamah memerintahkan selainnya, memberi cagaran dengan nilai sebanyak mana yang ditetapkan bagi melaksanakan kewajipan-kewajipannya sebagai penjaga dengan sewajarnya.
(2) Cagaran itu hendaklah diberi mengikut cara yang ditetapkan pada masa itu bagi penerima-penerima yang dilantik oleh Mahkamah; dan penjaga yang dilantik itu hendaklah mengemukakan akaun-akaunnya pada tempoh-tempoh yang diperintahkan, dan hendaklah membayar apa-apa baki yang diperakui kena dibayar olehnya ke dalam Mahkamah mengikut cara yang ditetapkan bagi penerima-penerima.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.