ENAKMEN 1 TAHUN 1990
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1990

BAHAGIAN I - QARINAH
BAB 2 - QARINAH
Iqrar



Seksyen 10. Apa-apa yang dikatakan atau dilakukan oleh pekomplot berkenaan dengan rancangan bersama.

Jika ada alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa dua orang atau lebih telah bersama-sama berkomplot hendak melakukan suatu kesalahan atau suatu perbuatan salah boleh dakwa, maka apa-apa jua yang dikatakan, dilakukan atau ditulis oleh salah seorang daripada mereka, berkenaan dengan niat bersama mereka selepas masa apabila niat itu mula-mula timbul daripada salah seorang daripada mereka, adalah qarinah terhadap tiap-tiap seorang yang dipercayai berkomplot sedemikian, serta juga bagi maksud membuktikan wujudnya komplot itu dan bagi maksud menunjukkan bahawa mana-mana orang itu telah menjadi satu pihak dalamnya.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.