ENAKMEN 2 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM 1992

BAHAGIAN VI - MASJID DAN TEMPAT IBADAT



Seksyen 64. Perlantikan Pegawai Masjid.

(1) Bagi tiap-tiap masjid di dalam Negeri Perak Darul Ridzuan hendaklah dilantik seorang atau beberapa orang Imam, Bilal dan Siak, mengikut keperluan, sebagai Pegawai Masjid.

(2) Imam dan Bilal hendaklah dilantik oleh Majlis dari kalangan orang-orang yang layak dan Siak hendaklah dilantik oleh Jawatankuasa Kariah.

(3) Jika berlaku kekosongan bagi jawatan Imam atau Bilal dengan sebab kematian, berhenti atau lain-lain, tertanggunglah ke atas Jawatankuasa Kariah berkenaan untuk memaklumkan perkara ini kepada Majlis.

(4) Apabila berkuatkuasanya seksyen ini, tiap-tiap orang yang menjadi Pegawai Masjid sebaik sahaja sebelum berkuatkuasanya seksyen ini, hendaklah dianggap sebagai telah dilantik dengan sewajarnya di bawah seksyen ini sebagai Pegawai Masjid dan hendaklah tertakluk kepada seksyen 65 terus memegang jawatannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.