ENAKMEN 5 TAHUN 2005
ENAKMEN WAKAF (NEGERI SEMBILAN) 2005

BAHAGIAN XI - PERUNTUKAN PERALIHAN



Seksyen 58. Pelantikan pemegang amanah selain Majlis terbatal.

Jika berkenaan dengan suatu wakaf yang dibuat sebelum permulaan kuat kuasa Enakmen ini, mana-mana orang selain Majlis telah dilantik sebagai pemegang amanah, pelantikan orang itu adalah terbatal dalam masa enam bulan selepas tarikh permulaan kuat kuasa Enakmen ini atau apabila mawquf itu didaftarkan, mengikut mana-mana yang lebih dahulu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.