ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN V - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVIII
Darihal Muraja'ah



Seksyen 168. Kuasa untuk memerintah penyiasatan lanjut.

Selepas memeriksa mana-mana rekod di bawah seksyen terdahulu, atau dengan jalan lain, Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah mengarahkan Hakim Mahkamah Rendah Syariah untuk membuat penyiasatan lanjut terhadap mana-mana aduan yang telah ditolak di bawah seksyen 76.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.