ENAKMEN 5 TAHUN 2004
ENAKMEN MAJLIS UGAMA ISLAM NEGERI SABAH 2004
BAHAGIAN II - MAJLIS UGAMA ISLAM NEGERI SABAH
Seksyen 13. Pembatalan pelantikan
Yang di-Pertua Negeri, atas nasihat menteri boleh membatalkan pelantikan mana-mana ahli Majlis jika-
(a)
kelakuannya, sama ada yang berkaitan dengan tugas-tugasnya sebagai anggota atau selainnya, adalah kelakuan yang mencemarkan nama Majlis;
(b)
dia telah menjadi hilang upaya untuk menjalankan tugas-tugasnya dengan sempurna sebagai anggota;
(c)
tanpa apa-apa alasan yang mencukupi pada pendapat Pengeusi, dia telah tidak menghadiri tiga mesyuarat Majlis secara berturut-turut;
(d)
dia telah bertindak bertentangan dengan kepentingan Majlis; atau
(e)
dia diisytiharkan bankrap.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.