ENAKMEN 3 TAHUN 1997
ENAKMEN KANUN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1997
BAHAGIAN VII - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB 2 - DARIHAL PENDAKWAAN
Seksyen 183. Pendakwaan.
(1) Apa-apa pendakwaan di hadapan Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah dijalankan oleh Ketua Pendakwa Syar'i atau seseorang Pendakwa Syar'i.
(2) Pendakwaan di hadapan Mahkamah Rendah Syariah bolehlah dijalankan oleh-
(a)
Ketua Pendakwa Syar'i atau seorang Pendakwa Syar'i;
(b)
seorang Pengawai Penguatkuasa Agama yang diberikuasa secara bertulis oleh Ketua Pendakwa Syar'i untuk bertindak bagi pihaknya; atau
(c)
seorang pengadu sebagaimana yang dibenarkan oleh Mahkamah.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.