ENAKMEN 12 TAHUN 2002
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI MELAKA) 2002

BAHAGIAN X - AM



Seksyen 135. Kuasa bagi membuat kaedah-kaedah.

(1) Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Majlis, boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, membuat kaedah-kaedah untuk mengawal amalan dan tatacara dalam semua prosiding hal ehwal suami isteri di bawah Enakmen ini sebagaimana yang difikirkannya bermanfaat dan kaedah-kaedah untuk menetap dan mengawal selia fi dan kos yang kena dibayar dalam semua prosiding itu; tertakluk kepadanya, semua perbicaraan di bawah Enakmen ini hendaklah dikawal selia oleh amalan dan tatacara Mahkamah yang ditetapkan oleh Enakmen Pentadbiran, setakat amalan dan tatacara itu tidak bertentangan dengan Enakmen ini.

(2) Mengenai perkara amalan dan tatacara dalam prosiding hal ehwal suami isteri yang tidak diperuntukkan dengan nyata dalam Enakmen ini atau dalam apa-apa kaedah yang dibuat di bawah Enakmen ini atau dalam Enakmen Pentadbiran, Mahkamah boleh menerima pakai apa-apa amalan dan tatacara yang difikirkannya wajar bagi mengelakkan ketidakadilan dan bagi menyelesaikan perkara-perkara yang dipersoalkan antara pihak-pihak.

(3) Yang di-Pertua Agong, atas nasihat Majlis, boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, membuat kaedah-kaedah bagi maksud Enakmen ini dan, tanpa menyentuh keluasan yang disebut terdahulu, kaedah-kaedah itu boleh mengadakan peruntukan-peruntukan bagi-




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.