ENAKMEN 13 TAHUN 1984
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1984

BAHAGIAN VII - PENJAGAAN
Bab 1 - Penjagaan ke atas Orang dan Harta



Seksyen 101. Kuasa Mahkamah untuk menghalang anak dibawa keluar dari Malaysia

(1) Mahkamah boleh, atas permohonan bapa atau ibu seseorang anak-

mengeluarkan suatu tegahan menahan pihak yang satu lagi itu daripada membawa anak itu keluar dari Malaysia atau Mahkamah boleh membenarkan anak itu dibawa keluar dari Malaysia sama ada tanpa syarat atau tertakluk kepada apa-apa syarat atau akujanji yang difikirkan patut oleh Mahkamah.

(2) Mahkamah boleh, atas permohonan seseorang yang ada mempunyai kepentingan, mengeluarkan suatu tegahan menahan seseorang, lain daripada orang yang ada mempunyai jagaan atau kanak-kanak itu, daripada membawa seseorang kanak-kanak keluar dari Malaysia.

(3) Kemungkiran mematuhi sesuatu perintah yang dibuat di bawah seksyen ini boleh dikenakan hukuman sebagai suatu penghinaan terhadap Mahkamah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.