ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB XV - DARIHAL PEMBEBASAN ATAU SABITAN YANG DAHULU



Seksyen 139. Akuan dari satu pembebasan atau sabitan dahulu.

(1) Akuan di atas satu pembebasan atau sabitan dahulu bolehlah dikemukakan sama ada secara lisan atau bertulis dan boleh di dalam bentuk atau bermaksud seperti berikut-

"Yang dituduh berkata bahawa di bawah seksyen 138 Enakmen ini, ia adalah tidak liable untuk dibicarakan."

(2) Akuan di atas boleh dikemukakan bersama dengan mana-mana akuan lain, tetapi persoalan yang ditimbulkan oleh akuan itu hendaklah dibicarakan dan diselesaikan sebelum persoalan yang ditimbulkan oleh akaun lain itu dibicarakan.






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.