ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982

BAHAGIAN IV - NIKAH, CERAI DAN RUJUK



Seksyen 84. Keselamatan daftar-daftar.


(1) Tiap-tiap Pendaftar hendaklah menyimpan dengan selamatnya buku-buku daftar di dalam jagaannya dan jikalau dia bertukar atau berhenti daripada jawatannya hendaklah ia menyerahkan semua buku-buku daftar itu kepada penggantinya atau jika penggantinya belum dapat menerimanya atas apa-apa sebab ia hendaklah menyerahkannya kepada Kadi Besar.

(2) Apabila Pendaftar mati maka Kadi Besar selaku Ketua Pendaftar hendaklah dengan serta merta mengambil buku-buku daftar dan buku-buku peringatannya untuk diserahkan kepada penggantinya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.