ENAKMEN 2 TAHUN 1986
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1986

BAHAGIAN II - PERATURAN-PERATURAN AM MENGENAI MAHKAMAH-MAHKAMAH JENAYAH
BAB III - DARIHAL MENANGKAP, MELARIKAN DIRI DAN MENANGKAP SEMULA



Seksyen 23. Melepaskan orang yang telah ditangkap.

Mana-mana orang yang telah ditangkap oleh Pemeriksa Agama atau pegawai polis tidaklah boleh dilepaskan di bawah Enakmen ini kecuali dengan bon diri atau jaminan atau dengan perintah secara bertulis oleh Kadi atau oleh seorang pegawai polis yang tidak kurang pangkatnya daripada Inspektor:

Dengan syarat jika dia tidak dapat melakukan demikian, maka hendaklah dia ditahan di atas satu waran yang dikeluarkan oleh seorang Kadi seperti Borang B dalam Jadual Pertama.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.