ENAKMEN 5 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN III - PIHAK-PIHAK



Seksyen 8. Takrif.

(1) Di dalam Bahagian ini "plaintif" termasuklah pemohon dan "defendan" termasuklah responden dan "mendakwa" dan "membela" hendaklah ditafsirkan sewajarnya.

(2) Semua orang yang boleh bercantum sebagai plaintif atau defendan dalam suatu prosiding dalam atau terhadap mana-mana hak untuk pemulihan berkenaan dengan atau timbul daripada urusan yang sama atau urusan bersiri yang dikatakan wujud, samada bersama, berasingan atau beralternatif, dimana jika prosiding berasingan dikemukakan, apa-apa persoalan undang-undang atau fakta yang sama mungkin berbangkit:

Dengan syarat jika pada pendapat Mahkamah bahawa mana-mana cantuman boleh menyusahkan defendan atau melengahkan perbicaraan atau dengan jalan lain tidak menyenangkan Mahkamah boleh sama ada atas permohonan defendan atau atas kehendaknya sendiri, memerintahkan perbicaraan berasingan atau membuat apa-apa perintah lain yang ia fikir patut.

(3) Hukuman boleh diberi tanpa apa-apa pindaan untuk mana-mana plaintif untuk pemulihan yang ia berhak atau terhadap satu lebih defendan sebagaimana yang didapati bertanggungjawab mengikut tanggungan mereka masing-masing.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.