ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN II - MENGENAI BUKTI
BAB 5 - KETERANGAN SURATAN
SURATAN AWAM



Seksyen 59. Salinan yang diperakui bagi suratan awam.

Tiap-tiap pegawai awam yang ada di dalam simpanannya sesuatu suratan awam yang seseorang ada hak memeriksa hendaklah memberikan kepada orang itu atas permintaannya salinan suratan itu apabila dibayar bayarannya yang sah di sisi undang-undang, beserta dengan suatu perakuan yang ditulis di kaki salinan itu bahawa ianya salinan yang benar bagi suratan itu atau bagi sebahagiannya, dan perakuan itu hendaklah ditarikhkan serta ditandatangani oleh pegawai itu dengan nama dan jawatan rasminya, dan hendaklah dimeterikan jika pegawai itu dibenarkan oleh undang-undang menggunakan sesuatu meteri, dan salinan yang diperakui demikian itu adalah dipanggil salinan yang diperakui.

Huraian - Seseorang pegawai yang diberi kuasa mengeluarkan salinan yang tersebut itu pada menjelaskan kewajipan rasminya yang biasa, adalah disifatkan sebagai ada di dalam simpanan suratan yang tersebut itu dalam seksyen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.