ENAKMEN 1 TAHUN 1988
ENAKMEN KAWALAN DAN SEKATAN PENGEMBANGAN AGAMA BUKAN ISLAM KEPADA ORANG ISLAM 1988


Seksyen 4. Kesalahan memujuk, mempengaruhi, atau menghasut orang Islam supaya mengubah kepercayaan.

(1) Seseorang adalah melakukan kesalahan jika ia memujuk, mempengaruhi, atau menghasut seorang lain yang beragama Islam--
(2) Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah subseksyen (1) boleh dikenakan denda sebanyak sepuluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh satu tahun atau kedua-duanya.

(3) Adalah menjadi satu pembelaan terhadap pertuduhan di bawah subseksyen (1) (a) bahawa orang yang dituduh itu mempunyai sebab untuk mempercayai, dan sebenarnya mempercayai, bahawa orang lain itu bukan orang Islam.

(4) Adalah tidak menjadi suatu pembelaan terhadap pertuduhan di bawah subseksyen (1) bahawa orang lain itu telah tidak terpengaruh oleh apa-apa perkara yang diperkata atau dilakukan oleh orang yang dituduh itu kepadanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.