ENAKMEN 4 TAHUN 2004
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (PERAK) 2004

BAHAGIAN IV - MAHKAMAH SYARIAH



Seksyen 54. Perakuan pewarisan.

Jika dalam perjalanan mana-mana prosiding yang berhubungan dengan pentadbiran atau pembahagian harta pusaka seseorang si mati yang beragama Islam, mana-mana mahkamah atau pihak berkuasa, selain Mahkamah Tinggi Syariah atau Mahkamah Rendah Syariah, mempunyai kewajipan untuk menentukan--

Mahkamah Syariah boleh, atas permohonan mana-mana orang yang menuntut bahawa dia menjadi benefisiari atau wakilnya dan apabila dibayar fi yang ditetapkan, memperakukan fakta-fakta yang didapati oleh Mahkamah Syariah itu dan pendapatnya tentang orang yang berhak kepada bahagian dalam harta pusaka itu dan tentang bahagian-bahagian yang padanya masing-masing orang itu berhak.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.