ENAKMEN 9 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL SYARIAH 1993

BAHAGIAN XXVI - PENTADBIR WASIAT DAN PENTADBIR HARTA PUSAKA



Seksyen 191. Kos pihak menuntut.

Kos prosiding yang dibawa oleh seorang pentadbir wasiat atau pentadbir harta pusaka yang telah ditolak atau gagal hendaklah biasanya ditanggung oleh sendiri, tetapi Mahkamah boleh atas alasan yang mencukupi memerintahkan kos terhadap harta pusaka sebagai langkah pertama dan jika tidak boleh diperolehi darinya, dituntut dari pentadbir wasiat atau pentadbir harta pusaka.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.