ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB VIII - ADUAN KEPADA HAKIM



Seksyen 73. Pemeriksaan pengadu.

(1) Apabila seseorang Hakim mengambil ketahui akan suatu kesalahan yang diadukan, dia hendaklah serta merta memeriksa orang yang membuat aduan itu secara bersumpah mengikut Borang 7 dalam Jadual 1 dan kandungan pengaduan itu hendaklah diturunkan dalam tulisan seperti dalam Borang 6.

(2) Seksyen ini hendaklah tidak terpakai bagi aduan mengenai suatu kesalahan di mana saman diminta oleh seseorang Pegawai Penguatkuasa Agama yang bertindak atas sifat jawatannya.






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.