ENAKMEN 4 TAHUN 2004
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (PERAK) 2004

BAHAGIAN IV - MAHKAMAH SYARIAH



Seksyen 65. Perlindungan Hakim, pegawai Mahkamah, dll.

(1) Tiada seorang pun Hakim Mahkamah Rayuan Syariah atau Hakim Syarie boleh didakwa di mana-mana Mahkamah Syariah atau nahkamah sivil bagi apa-apa perbuatan yang dilakukan atau diperintahkan olehnya supaya dilakukan dalam menjalankan, tugas kehakimannya, sama ada dalam had bidang kuasanya atau tidak, dan tiada apa-apa perintah bagi kos boleh dibuat terhadapnya, dengan syarat bahawa dia pada masa itu dengan suci hati percaya bahawa dia mempunyai bidang kuasa untuk melakukan atau memerintahkan perbuatan yang diadukan itu.

(2) Tiada pegawai mana-mana Mahkamah atau mana-mana orang lain yang terikat untuk melaksanakan waran atau perintah yang sah di sisi undang-undang yang dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Rayuan Syariah atau Hakim Syarie boleh didakwa dalam mana-mana Mahkamah Syariah atau mahkamah sivil kerana melaksanakan waran atau perintah itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.