ENAKMEN 6 TAHUN 2002
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 2002
BAHAGIAN IX - PENALTI
Seksyen 133. Kecuaian dengan sengaja untuk mematuhi perintah.
(1) Tanpa menjejaskan hak mana-mana orang yang mempunyai kepentingan di bawah mana-mana perintah yang dibuat di bawah Enakmen ini untuk menguatkuasakan perintah di bawah Enakmen ini atau di bawah mana-mana undang-undang lain, Mahkamah yang telah membuat perintah itu, dalam hal kegagalan dengan sengaja untuk mematuhinya, boleh, jika perintah sedemikian menghendaki pembayaran apa-apa amaun, mengarahkan amaun yang kena dibayar itu dilevi mengikut cara yang diperuntukkan oleh undang-undang bagi melevi denda yang dikenakan oleh Mahkamah atau boleh menjatuhkan hukuman pemenjaraan kepada orang yang dengan sengaja gagal mematuhinya jika perintah pembayaran tiap-tiap bulan masih belum dibayar, atau, dalam mana-mana hal yang lain, pembayaran satu tahun yang masih belum dibayar.
(2) Mahkamah boleh-
(a)
jika perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) menetapkan bagi pembayaran dibuat secara bulanan, menghukum orang yang dengan sengaja gagal mematuhinya dengan setiap bayaran bulanan yang masih belum dibayar; dan
(b)
dalam mana-mana hal lain, menghukum orang yang dengan sengaja gagal mematuhi perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) dengan pemenjaraan tidak melebihi satu tahun bagi mana-mana pembayaran yang masih belum dibayar.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.