ENAKMEN 3 TAHUN 1989
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1988

BAHAGIAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH-MAHKAMAH JENAYAH
Bab IV - PROSES MAHKAMAH UNTUK MEMAKSA KEHADIRAN SAMAN



Seksyen 29. Bagaimana saman disampaikan.

(1) Saman hendaklah disampaikan sendiri kepada orang yang disaman dengan menunjukkan kepadanya saman yang asal dan dengan menyerahkan atau memberikan kepadanya satu salinan saman itu yang telah dimeterikan dengan meterai Mahkamah.

(2) Tiap-tiap orang yang telah diserahkan saman hendaklah jika diminta oleh pegawai penghantar menandatangani penerimaan salinan tersebut di bahagian belakang saman yang asal.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.