ENAKMEN 1 TAHUN 1990
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1990

BAHAGIAN I - QARINAH
BAB 2 - QARINAH
Kenyataan yang dibuat dalam keadaan khas.



Seksyen 22. Bila catatan dalam buku akaun qarinah.

Catatan dalam buku akaun yang biasanya diselenggarakan dalam perjalanan sesuatu urusan adalah qarinah apabila catatan itu berkenaan dengan perkara yang kena disiasat oleh Mahkamah, akan tetapi catatan itu sahaja tidaklah menjadi keterangan yang cukup bagi mengenakan apa-apa liabiliti ke atas seseorang.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.