ENAKMEN 3 TAHUN 1995
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 1995

BAHAGIAN IV - KESALAHAN



Seksyen 62. Menyimpan atau mempamerkan patung jenis bernyawa.

Sesiapa membuat atau menjual atau membeli atau mengedar atau menyimpan atau mempamerkan apa-apa patung jenis bernyawa kecuali alat-alat permainan budak-budak perempuan atau apa-apa lambang keugamaan bukan Islam adalah melakukan satu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ratus ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya sekali.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.