ENAKMEN 9 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL SYARIAH 1993

BAHAGIAN I - PERMULAAN



Seksyen 2. Tafsiran.

(1) Dalam Enakmen ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain -

"bailif" termasuklah Pendaftar atau mana-mana pegawai Mahkamah yang menjalankan tugas bailif;

"
garnishee" ialah pihak ketiga yang memegang harta alih penghutang penghakiman;

"Hakim" ertinya Hakim Syarie atau Hakim Mahkamah Rendah Syariah, mengikut mana yang berkenaan, yang dilantik di bawah Enakmen Mahkamah Syariah 1992 [En. No. 14/92];

"Hakim Mahkamah Rendah Syariah" mempunyai erti yang sama yang diberi kepadanya di bawah Enakmen Mahkamah Syariah 1992;

"Ketua Hakim
Syarie" mempunyai erti yang sama yang diberi kepadanya di bawah Enakmen Mahkamah Syariah 1992;

"
lien" ertinya hak ke atas harta kepunyaan penghutang penghakiman setakat jumlah yang terhutang;

"Mahkamah" mempunyai erti yang sama yang diberi kepadanya di bawah Enakmen Mahkamah Syariah 1992;


"Majlis" ertinya Majlis Ugama Islam Sabah yang ditubuhkan di bawah seksyen 4 Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1992 [En. No. 14/92.];

"notis" ertinya notis bertulis melainkan Mahkamah memerintahkan yang sebaliknya;

"Peguam
Syarie" mempunyai erti yang sama yang diberi kepadanya di bawah Enakmen Mahkamah Syariah 1992;

"Pendaftar" ertinya Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah, Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah atau Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah yang dilantik di bawah Enakmen Mahkamah Syariah 1992;

"
prima facie" ialah satu fakta yang boleh diterima kalau tidak dibuktikan sebaliknya;

"orang yang belum dewasa" ertinya orang yang belum mencapai umur 18 tahun;

"orang yang tidak berkeupayaan" termasuk orang yang belum dewasa dan orang yang tidak siuman dan orang yang ditegah menguruskan hartanya;

"terjemahan yang diperakukan" ertinya terjemahan sesuatu dokumen yang diperakukan betul oleh pegawai Mahkamah;

"tindakan" termasuklah "guaman" dan begitu juga sebaliknya.


(2) Semua perkataan, ungkapan, takrif dan istilah yang digunakan di dalam Enakmen ini tetapi tidak ditakrifkan dengan tertentu di dalamnya maka hendaklah disifatkan mempunyai erti yang diberi kepadanya dalam Enakmen Tafsiran dan Fasal-Fasal Am 1963 [En. No. 23/63.].




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.