ENAKMEN 7 TAHUN 1983
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM NEGERI SEMBILAN 1983

BAHAGIAN VIII - PELBAGAI
Kesahtarafan Anak



Seksyen 110. Siapakah yang dikaitkan sebagai bapa.

Jika seseorang perempuan yang berkahwin dengan seseorang lelaki melahirkan seorang anak enam bulan qamariah atau lebih dari tarikh perkahwinannya itu atau dalam masa empat tahun qamariah selepas perkahwinan itu dibubarkan sama ada oleh kematian lelaki itu atau oleh sebab perceraian, dan perempuan itu pula tidak berkahwin semula, maka lelaki itu hendaklah disifatkan sebagai bapa anak itu, tetapi lelaki itu boleh, dengan cara li'an atau kutukan, menafikan anak itu sebagai anaknya di hadapan Mahkamah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.