ENAKMEN 6 TAHUN 1996
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH 1996

BAHAGIAN 1 - QARINAHAN
BAB 2 - QARINAH
Bila Pendapat Orang Ketiga Adalah Qarinah



Seksyen 33. Pendapat pakar.

(1) Apabila mahkamah perlu membuat sesuatu pendapat atas sesuatu perkara mengenai undang-undang negara asing atau mengenai sains atau seni, atau tentang identiti atau ketulenan tulisan tangan atau cap jari atau berhubung dengan penentuan nasab, maka pendapat atas perkara itu daripada orang-orang yang mempunyai kemahiran khusus dalam undang-undang negara asing, sains atau seni itu atau dalam soal identiti atau ketulenan tulisan tangan atau cap jari atau berhubungan dengan penentuan nasab, adalah qarinah.

(2) Orang-orang itu dipanggil pakar.

(3) Dua orang pakar atau lebih hendaklah dipanggil untuk memberi keterangan jika boleh, tetapi jika tidak terdapat dua orang pakar, maka keterangan seorang pakar adalah memadai. Jika dua orang pakar memberi pendapat yang berlainan, maka pakar yang ketiga hendaklah dipanggil untuk memberi keterangan.

MISALAN




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.