ENAKMEN 1 TAHUN 1984
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1979

BAHAGIAN III - PENDAFTARAN PERNIKAHAN



Seksyen 19. Pendaftaran mengikut Enakmen ini.

(1) Pernikahan tiap-tiap orang yang biasanya bermastautin dalam Negeri ini dan yang bermukim di luar negeri tetapi bermastautin dalam Negeri ini mengikut peruntukan Enakmen ini hendaklah didaftarkan mengikut peruntukan Enakmen ini.

(2) Peruntukan Enakmen ini tidak terpakai bagi mana-mana pernikahan yang dilakukan selepas berkuatkuasanya Enakmen ini yang tidak didaftarkan atau tidak disifatkan sebagai telah didaftarkan di bawah peruntukan Enakmen ini.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.