ENAKMEN 8 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH 2002

BAHAGIAN V - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB 3 - DARIHAL PERTUDUHAN



Seksyen 80. Bila cara melakukan kesalahan mesti dinyatakan

Apabila jenis kes itu adalah sedemikian rupa sehingga butirbutir yang disebut dalam seksyen 78 dan 79 tidak memberi tertuduh maklumat yang mencukupi tentang perkara yang mengenainya dia dipertuduh, pertuduhan itu hendaklah juga mengandungi apa-apa butir mengenai cara bagaimana kesalahan yang dikatakan itu telah dilakukan sebagaimana yang mencukupi bagi maksud itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.