ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB VIII - ADUAN KEPADA HAKIM



Seksyen 76. Pengeluaran proses.

Jika pada pendapat seseorang Hakim yang mengambil ketahui akan sesuatu kesalahan ada alasan yang mencukupi untuk mengadakan prosiding, Hakim itu hendaklah mengeluarkan saman atau, tertakluk kepada seksyen 38, waran tangkap untuk kehadiran orang yang dituduh itu di Mahkamah.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.