ENAKMEN 6 TAHUN 1996
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH 1996
BAHAGIAN 1 - QARINAHAN
BAB 2 - QARINAH
Kenyataan Oleh Orang Yang Tidak Boleh Dipanggil Sebagai Saksi
Seksyen 20. Hal-hal dalam mana pernyataan mengenai fakta relevan oleh orang yang telah mati atau tidak dapat dijumpai, dsb. adalah qarinah.
(1) Pernyataan bertulis atau lisan, mengenai fakta relevan yang dibuat oleh seorang yang telah mati atau yang tidak dapat dijumpai atau yang telah menjadi tak upaya memberi keterangan, atau yang kehadirannya tidak boleh didapatkan tanpa kelengahan atau perbelanjaan yang pada pendapat mahkamah tidak munasabah dalam hal-keadaan kes itu adalah sendirinya qarinah dalam hal-hal yang berikut
---
(a) apabila pernyataan itu dibuat oleh seseorang tentang sebab kematiannya, atau tentang apa-apa hal keadaan transaksi yang telah mengakibatkan kematiannya, dalam hal dimana sebab kematian orang itu dipersoalkan.
Pernyataan tersebut adalah qarinah sama ada pada masa pernyataan itu dibuat orang yang membuatnya telah menjangkakan atau tidak menjangkakan dia akan mati, dan walau apa jua jenis prosiding dalam mana sebab kematiannya itu dipersoalkan.
(b) apabila pernyataan itu telah dibuat oleh orang itu dalam perjalanan biasa urusan, dan khususnya apabila pernyataan itu terdiri daripada sesuatu catatan atau peringatan yang telah dibuat olehnya dalam buku yang disenggara dalam perjalanan biasa urusan atau pada melaksanakan tugas-tugas professional; atau dari akuan terima yang ditulis atau ditandatangani olehnya mengenai penerimaan wang, barang, sekuriti atau apa juga jenis harta; atau mengandungi sesuatu dokumen yang digunakan dalam perdagangan, yang ditulis atau ditandatangani olehnya, atau mengandungi tarikh bagi sesuatu surat atau dokumen lain yang biasanya ditarikhkan, ditulis atau ditandatangani olehnya;
(c) apabila pernyataan itu menentang kepentingan kewangan atau kepentingan ketuanpunyaan orang yang membuatnya, atau apabila, jika benar, pernyataan itu akan mendedahkan atau mungkin mendedahkan orang itu kepada suatu pendakwaan jenayah atau kepada suatu guaman untuk gantirugi;
(d) apabila pernyataan itu memberikan pendapat mana-mana orang sedemikian tentang wujudnya apa-apa hak awam atau 'urf atau perkara yang mempunyai kepentingan awam atau am yang kewujudannya, jika ia wujud, mungkin telah disedari oleh orang itu, dan apabila pernyataan itu dibuat sebelum timbul apa-apa kontroversi tentang hak,'urf atau perkara itu;
(e) apabila pernyataan itu berhubungan dengan wujudnya apa-apa hubungan melalui darah, perkahwinan atau pengangkatan antara orang-orang yang tentang hubungannya itu orang yang membuat pernyataan itu mempunyai cara yang istimewa bagi mengetahui dan apabila pernyataan itu dibuat sebelum timbulnya soal yang dipertikaikan itu;
(f) apabila pernyataan itu berhubung dengan wujudnya apa-apa hubungan melalui darah, perkahwinan atau pengangkatan antara orang yang telah mati, dan pernyataan itu dibuat dalam mana-mana wasiat atau surat ikatan berhubung dengan hal-ehwal keluarga yang orang telah mati itu seorang ahlinya, atau dalam sesuatu salasilah keluarga atau di atas mana-mana batu nisan, potret keluarga atau benda lain yang di atasnya pernyataan itu biasanya dibuat, dan apabila pernyataan itu dibuat sebelum timbulnya soal yang dipertikaikan itu;
(g) apabila pernyataan itu terkandung dalam mana-mana dokumen yang berhubung dengan apa-apa transaksi sebagaimana yang tersebut dalam perenggan 13
(a)
;
(h)
apabila pernyataan itu telah dibuat oleh beberapa orang dan menyatakan perasaan atau tanggapan mereka yang relevan dengan perkara yang berkenaan itu.
MISALAN
(a) Soalnya ialah tentang tarikh kelahiran
A
.
Suatu catatan dalam buku harian seorang doktor bedah yang telah mati, yang biasanya disenggarakan dalam perjalanan urusan, menyatakan bahawa pada suatu hari tertentu dia telah merawat ibu
A
yang telah melahirkan seorang anak lelaki adalah qarinah.
(b) Soalnya ialah sama ada
A
berada di Kuala Lumpur pada suatu hari tertentu.
Suatu pernyataan dalam buku harian seorang peguambela yang telah mati, yang biasanya disenggarakan dalam perjalanan urusan, yang menyatakan bahawa pada suatu hari tertentu peguambela itu telah ada bersama
A
di suatu tempat yang dinyatakan di Kuala Lumpur bagi maksud berbincang dengannya mengenai urusan tertentu adalah qarinah.
(c) Soalnya ialah sama ada
A
dan
B
telah berkahwin dengan sah di sisi undang-undang.
Pernyataan seorang Kadi yang telah mati bahawa dia telah mengahwinkan mereka dalam hal keadaan yang boleh menjadikan upacara itu tidak sah adalah qarinah.
(d) Soalnya ialah sama ada
A
seorang yang tidak dapat dijumpai, telah menulis suatu surat pada suatu hari tertentu.
Fakta bahawa suatu surat yang ditulis olehnya bertarikh pada hari itu adalah qarinah.
(e) Soalnya ialah sama ada
A
, yang telah mati, adalah bapa
B
.
Suatu pernyataan oleh
A
bahawa
B
adalah anaknya ialah qarinah.
(f) Soalnya ialah bila tarikh lahir
A
.
Suatu surat daripada bapa
A
yang telah mati kepada seorang sahabatnya memberitahu tentang kelahiran
A
pada suatu hari tertentu adalah qarinah.
(g) Soalnya ialah sama ada dan bila
A
dan
B
berkahwin.
Suatu catatan dalam dairi
C
iaitu bapa
B
yang telah mati berkenaan dengan perkahwinan anak perempuannya dengan
A
pada suatu hari tertentu, adalah qarinah.
(2) Keterangan mengenai pernyataan itu hendaklah diberikan oleh sekurang-kurangnya dua orang saksi lelaki atau oleh seorang saksi lelaki dan dua orang saksi perempuan.
(3) Keterangan mengenai pernyataan itu tidak boleh diterima dalam hal keadaan berikut:
(a) apabila orang yang membuat pernyataan itu melarang pernyataan itu diberi sebagai keterangan;
(b) apabila orang yang membuat pernyataan itu hilang kelayakan untuk memberi keterangan;
(c) apabila orang yang membuat pernyataan itu enggan memberi keterangan atas alasan dia tidak ada keterangan yang relevan dengan pertikaian itu atau bahawa dia tidak membuat pernyataan itu atau dia telah membuat kesilapan berhubung dengan pernyataan itu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.