ENAKMEN 2 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM 1992

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM DAN 'ADAT MELAYU PERAK



Seksyen 16. Memanggil mesyuarat.

(1) Semua mesyuarat Majlis hendaklah dipanggil oleh Setiausaha.

(2) Yang Dipertua boleh pada bila-bila masa mengarahkan Setiausaha memanggil mesyuarat.

(3) Empat orang ahli Majlis boleh pada bila-bila masa dengan bertulis menghendaki Setiausaha memanggil mesyuarat dengan syarat mereka memberitahu Setiausaha tujuan mesyuarat itu dipanggil.

(4) Setiausaha hendaklah dalam tempoh empat belas hari daripada tarikh terima arahan atau kehendak di bawah subseksyen (2) atau (3) atau jika Yang Dipertua mengarahkan serta-merta, sebaik sahaja menerima arahan atau kehendak tersebut memanggil mesyuarat.

(5) Sekurang-kurangnya tujuh hari notis secara bertulis hendaklah diberi mengenai mana-mana mesyuarat tetapi Yang Dipertua bolehlah, jika dia fikir bahawa ada keperluan mendesak untuk memanggil sesuatu mesyuarat dengan notis yang lebih pendek mengarahkan kehendak notis tujuh hari itu tidak perlu diikuti.

(6) Notis mesyuarat boleh dihantar melalui pos kepada ahli dengan ditujukan ke alamat tempat tinggalnya yang terakhir diketahui dan hendaklah dianggap telah disampaikan mengikut perjalanan biasa pos.

(7) Tiada notis mesyuarat diperlukan dalam hal ahli yang pada masa itu berada di luar Malaysia.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.