ORDINAN 9 TAHUN 1991
ORDINAN KETERANGAN SYARIAH 1991

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB VIII - Pemeriksaan Saksi



Seksyen 118. Kuasa Hakim bagi menanya soalan-soalan atau memerintah pengemukaan.

Hakim boleh, untuk mengetahui atau mendapatkan bukti yang sepatutnya mengenai nyataan-nyataan yang berkaitan, menanya apa-apa soalan yang dia suka, dalam apa-apa jua bentuk, pada bila-bila masa, pada mana-mana saksi atau pihak darihal apa-apa nyataan sama ada yang berkaitan atau yang tidak berkaitan, dan boleh memerintah supaya dikemukakan apa-apa juga dokumen atau benda; dan mana-mana pihak atau wakil-wakil mereka tidaklah berhak membuat apa-apa bantahan atas mana-mana soalan atau perintah itu, atau dengan tiada kebenaran Mahkamah, memeriksa-balas mana-mana saksi atas apa-apa jawapan yang diberi bagi menjawab mana-mana soalan itu:

Dengan syarat bahawa keputusan mestilah berasaskan nyataan-nyataan yang ditetapkan oleh Ordinan ini sebagai berkaitan dan dibuktikan dengan sempurnanya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.