ENAKMEN 4 TAHUN 1993
ENAKMEN JENAYAH DALAM SYARAK 1991

BAHAGIAN II - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 37. Menghina ayat-ayat yang di pandang suci oleh orang Islam.

(1) Barang siapa, sama ada secara lisan atau tulisan atau dengan cara apa jua pun, membuat hina atau menyebabkan supaya dibuat hina, terhadap Quran, mana-mana ayat Quran dan hukumnya, Hadis, sebarang perkataan atau ayat-ayat yang dipandang suci mengikut Hukum Syarak apa-apa perbuatan atau istiadat yang berkaitan dengan agama Islam, adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

(2) Bagi maksud-maksud sub-seksyen (1) "membuat hina" termasuklah mencela, mengejek, mencemuh, mencerca, mengutuk atau mempersenda.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.