ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982

BAHAGIAN III - PENUBUHAN MAHKAMAH-MAHKAMAH, PERLANTIKAN PEGAWAI-PEGAWAI DAN BIDANGKUASA MEREKA



Seksyen 41. Kuasa Majlis melantik.


(1) Walau apapun terkandung dalam seksyen 40, Majlis boleh melantik sesiapa untuk berkhidmat kepadanya.

(2) Gaji-gaji, elaun-elaun, ganjaran-ganjaran sebagai balasan atau yang berkaitan dengan perkhidmatan orang-orang dilantik di bawah seksyen-kecil (1) boleh dibayar di bawah seksyen 118 pada Enakmen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.