ENAKMEN 1 TAHUN 1983
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1983

BAHAGIAN VI - HADHANAH ATAU PENJAGAAN KANAK-KANAK



Seksyen 91. Penjaga bagi anak yatim.


Jika bapa dan datuk lelaki di sebelah bapa seseorang kanak-kanak telah mati tanpa melantik seorang penjaga melalui wasiat, mana-mana Qadhi, imam, penggawa, pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Sarjan, mana-mana orang yang menjaga kanak-kanak itu atau mana-mana orang yang ada mempunyai kuasa-kuasa seorang pelindung di bawah Ordinan Kanak-kanak dan Orang-orang Muda 1947, boleh menyebabkan kanak-kanak itu dibawa ke hadapan Mahkamah dan Mahkamah boleh melantik seorang penjaga sama ada bagi diri atau bagi harta kanak-kanak itu, atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.