ENAKMEN 17 TAHUN 2003
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI JOHOR) 2003
BAHAGIAN II - PERKAHWINAN
Fasal 19. Kebenaran perlu sebelum akad nikah.
Tiada sesuatu perkahwinan boleh diakadnikahkan melainkan suatu kebenaran berkahwin telah diberi –
(a)
oleh Pendaftar di bawah seksyen 17 jika perkahwinan itu melibatkan seorang perempuan yang bermastautin dalam Negeri Johor; atau
(b)
oleh pihak berkuasa yang hak bagi sesuatu Negeri, jika perkahwinan itu melibatkan seorang perempuan yang bermastautin di Negeri itu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.