ENAKMEN 12 TAHUN 1993
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN VIII - PENDAFTAR



Seksyen 23. Perlantikan Ketua Pendaftar, Pendaftar dan Penolong Pendaftar.

(1) Duli Yang Maha Mulia Sultan hendaklah, atas nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan, melantik seorang Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah, seorang Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah dan beberapa orang Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah.

(2) Tiada seorangpun boleh dilantik di bawah subseksyen (1) melainkan ia adalah seorang anggota Perkhidmatan Pegawai-Pegawai Syariah atau Perkhidmatan Hal Ehwal Agama.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.