ENAKMEN 2 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 1996

BAHAGIAN XIV - KETERANGAN
BAB 2 - SEPINA



Seksyen 103. Permintaan bagi sepina.

(1) Sebelum suatu sepina dikeluarkan suatu permintaan dalam Borang MS 19 bagi pengeluaran sepina itu mestilah difailkan di Mahkamah, dan hendaklah mengandungi nama dan alamat pihak yang meminta sepina itu, jika dia bertindak secara sendiri, atau nama firma dan alamat peguam syarienya.

(2) Pengeluaran sepina adalah terlaksana sebaik sahaja ia dimeterai oleh Mahkamah.

(3) Suatu sepina hendaklah dalam salah satu bentuk dalam Borang MS 20, MS 21 atau MS 22.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.