ENAKMEN 6 TAHUN 2004
ENAKMEN KELUARGA ISLAM (PERAK) 2004

BAHAGIAN II - PERKAHWINAN



Seksyen 12. Perkahwinan yang tidak boleh didaftarkan

(1) Sesuatu perkahwinan yang berlawanan dengan Enakmen ini tidak boleh didaftarkan di bawah Enakmen ini.

(2) Walau apa pun subseksyen (1) dan tanpa menjejaskan subseksyen 40(2), sesuatu perkahwinan yang telah diupacarakan berlawanan dengan mana-mana peruntukan Bahagian ini tetapi sebaliknya sah mengikut Hukum Syarak boleh didaftarkan di bawah Enakmen ini dengan perintah daripada Mahkamah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.