ENAKMEN 13 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1992

BAHAGIAN IV - MASJID



Seksyen 59. Penyelenggaraan masjid dan kawasannya.

(1) Majlis hendaklah memastikan bahawa semua masjid dalam Negeri Sabah adalah diselenggarakan dalam keadaan baik yang sepatutnya dan kawasan-kawasannya diselenggarakan dalam keadaan bersih, dan Majlis boleh menambah dan menggunakan, atau membenarkan penambahan dan penggunaan kumpulan-kumpulan wang khas bagi maksud pembaikan-pembaikan dan penyelenggaraan itu, atau boleh membayar kos pembaikan-pembaikan dan penyelenggaraan itu daripada Kumpulan Wang.

(2) Naqib Masjid atau Imam hendaklah dengan segera memberitahu Majlis tentang apa-apa keadaan yang memerlukan pembaikan dalam masjidnya, dan hendaklah memeriksa atau mengawasi mana-mana pembaikan itu sebagai ejen untuk dan bagi pihak Majlis.

(3) Tiada perubahan material kepada struktur masjid boleh dibuat tanpa kebenaran secara bertulis daripada Majlis.

(4) Majlis boleh mengarahkan sesuatu jawatankuasa kariah supaya menyelenggarakan masjid yang di bawah tanggungjawabnya di dalam keadaan baik yang sepatutnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.