ENAKMEN 6 TAHUN 2001
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (TERENGGANU) 2001

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB 2 - QARINAH
AM



Seksyen 9. Fakta yang perlu untuk menghuraikan atau mengemukakan fakta persoalan atau fakta relevan.

Fakta yang perlu untuk menghuraikan atau mengemukakan sesuatu fakta persoalan atau fakta relevan, atau yang menyokong atau mematahkan sesuatu kesimpulan yang dibayangkan oleh sesuatu fakta persoalan atau fakta relevan, atau yang menentukan identiti mana-mana benda atau orang yang identitinya ialah relevan, atau yang menetapkan masa atau tempat di mana-mana fakta persoalan atau fakta relevan telah berlaku atau yang menunjukkan hubungan pihak-pihak yang olehnya mana-mana fakta itu ditransaksikan, ialah qarinah setakat yang fakta itu perlu bagi maksud itu.

MISALAN





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.