ENAKMEN 5 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN VI - PENYAMPAIAN



Seksyen 44. Hal-hal tertentu.

(1) Penyampaian kepada mana-mana orang yang tidak berkeupayaan hendaklah dibuat kepada penjaganya yang sah, jika ada, atau kepada orang yang dengannya orang yang tidak berkeupayaan itu tinggal atau bawah jagaannya. Mahkamah boleh memerintah bahawa penyampaian kepada orang yang tidak berkeupayaan itu hendaklah disifatkan sebagai penyampaian yang sempurna.

(2) Penyampaian kepada seorang yang ditahan di dalam penjara hendaklah dibuat kepada pegawai yang menjaga penjara itu yang hendaklah menyampaikannya kepada orang tersebut.

(3) Penyampaian kepada mana-mana ahli Angkatan Tentera adalah sempurna jika dibuat kepada pegawai pemerintah atau ajutan unitnya yang hendaklah menyampaikannya pula kepada anggota tersebut.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.