ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH-MAHKAMAH JENAYAH
BAB V - PROSES MEMAKSA PENGEMUKAAN DOKUMEN, DLL.
Waran Geledah



Seksyen 49. Orang yang menjaga tempat yang tertutup membenarkan penggeledahan.

(1) Apabila mana-mana tempat yang boleh digeledah atau diperiksa di bawah Bab ini adalah tertutup, mana-mana orang yang mendiami didalamnya atau menjaga tempat itu hendaklah atas permintaan oleh pegawai atau orang lain yang melaksanakan waran dan atas pengemukaan waran itu, membenarkan dia memasuki tempat itu dan memberikannya kemudahan yang munasabah untuk menggeledah tempat itu.

(2) Jika kemasukan ke tempat itu tidak boleh diperolehi, pegawai atau orang lain yang melaksanakan waran boleh meneruskannya dengan cara yang diperuntukkan oleh seksyen 12(2).






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.