ENAKMEN 6 TAHUN 1991
ENAKMEN KANUN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH SELANGOR 1991

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXII - PERUNTUKAN KHAS BERHUBUNG DENGAN KETERANGAN



Seksyen 193. Notis perlu diberi bagi pembelaan alibi.

(1) Jika di dalam mana-mana perbicaraan jenayah orang yang dituduh cuba mengemukakan pembelaan alibi, keterangan yang menyokongnya tidak boleh diterima kecuali orang yang dituduh telah memberi notis secara bertulis kepada Pendakwa Syarie sekurang-kurangnya sepuluh hari sebelum bermulanya perbicaraan.

(2) Notis yang dikehendaki oleh subseksyen (1) hendaklah termasuk perkara-perkara mengenai tempat di mana orang yang dituduh dikatakan berada pada masa berlakunya kesalahan yang ia dituduh, beserta dengan nama dan alamat saksi-saksi yang ia bercadang panggil bagi tujuan mengemukakan alibinya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.