ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN IV - KESALAHAN
Darihal menghina kuasa yang sah di sisi undang-undang bagi penjawat awam



Seksyen 102. Seseorang yang terikat di sisi undang-undang memberi pengetahuan atau maklumat kepada penjawat awam meninggalkan daripada berbuat demikian.

Mana-mana orang yang terikat di sisi undang-undang supaya memberi apa-apa notis atau maklumat mengenai apa-apa perkara seseorang penjawat awam, sebagai yang demikian, dengan sengaja meninggalkan daripada memberi notis atau maklumat itu dengan cara yang pada waktu itu dikehendaki oleh undang-undang, adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ratus ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya; atau, jika notis atau maklumat yang dikehendaki diberikan itu adalah mengenai suatu kesalahan yang dilakukan atau adalah dikehendaki bagi maksud hendak mencegah sesuatu kesalahan daripada dilakukan atau bagi menangkap seseorang pesalah hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.