ENAKMEN 5 TAHUN 2005
ENAKMEN WAKAF (NEGERI MELAKA) 2005

BAHAGIAN III - MAWQUF-ALAIH



Seksyen 12. Keadaan di mana manfaat atau faedah sesuatu mawquf dibahagikan sama rata, dsb.

(1) Jika terdapat lebih dari seorang mawquf-alaih dan waqif tidak menetapkan untuk mereka kadar manfaat atau faedah masing-masing terhadap mawquf itu, ia hendaklah dibahagikan sama rata di antara mereka.

(2) Seksyen 11 hendaklah terpakai kepada manfaat atau faedah mana-mana mawquf-alaih yang tersebut di bawah subseksyen (1) dalam seksyen ini yang telah mati atau tidak dapat dikesan tanpa memerlukan apa-apa pemberitahuan dalam Warta.

(3) Jika sesuatu wakaf dibuat kepada asnaf zakat tetapi tidak ditentukan kadar masing-masing, manfaat atau faedah daripada mawquf itu hendaklah dibahagikan mengikut kadar asnaf zakat.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.