ENAKMEN 3 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN (MAHKAMAH SYARIAH) 1994

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB I - PERMULAAN



Seksyen 3. Tafsiran.

(1) Dalam Enakmen ini melainkan jika konteks ayatnya menghendaki makna yang Iain-

"baligh" ertinya cukup umur mengikut Hukum Syara';

"baiyinah" ertinya keterangan yang membuktikan sesuatu hak atau kepentingan termasuk qarinah;

"dibuktikan", sesuatu fakta adalah "dibuktikan" apabila setelah menimbangkan perkara-perkara di hadapannya, Mahkamah sama ada percaya bahawa fakta itu wujud atau berpendapat wujudnya fakta itu adalah sebegitu mungkin maka seseorang yang waras, dalam hal keadaan kes tertentu sepatutnya bertindak atas anggapan bahawa fakta itu adalah wujud;

"dibuktikan sebaliknya", sesuatu fakta adalah dikatakan "dibuktikan sebaliknya" apabila, setelah menimbangkan perkara-perkara di hadapannya, Mahkamah sama ada percaya fakta itu tidak wujud atau berpendapat tidak wujudnya fakta itu adalah sebegitu mungkin maka seseorang yang waras dalam hal keadaan kes tertentu sepatutnya bertindak atas anggapan bahawa fakta itu adalah tidak wujud;

"dokumen" ertinya apa-apa perkara yang dinyatakan, diperihalkan, atau bagaimana jua pun digambarkan, atas apa-apa benda, bahan, barang atau artikel, termasuklah apa-apa perkara yang terkandung dalam cakera, pita, filem, runut bunyi atau apa-apa jua pun peranti lain, dengan menggunakan-

MISALAN

"fakta"ertinya dan termasuklah-

MISALAN

"fakta persoalan" ertinya apa-apa fakta yang darinya sama ada dengan sendirinya atau berkaitan dengan lain-lain fakta, wujudnya atau tidak wujudnya, jenis atau takat apa-apa hak, liabiliti atau ketakupayaan yang ditegaskan atau dinafikan dalam sesuatu guaman atau prosiding, semestinya berikutan;

MISALAN

"filem" termasuk mikrofilem dan apa-apa negatif;

"Hukum Syara'" ertinya Undang-Undang Islam dalam mana-mana Mazhab yang sah;

"keterangan" termasuklah-

"komputer" ertinya apa-apa peranti bagi merekodkan, menyimpan, memproses, mendapatkan semula atau mengeluarkan apa-apa maklumat atau perkara lain, atau bagi melaksanakan mana-mana satu fungsi itu atau lebih, tidak kira dengan apa jua nama atau perihalan peranti itu disebut; dan jika dua komputer atau lebih menjalankan mana-mana satu fungsi itu atau lebih dalam satu kombinasi atau secara berturutan atau secara mana jua pun selainnya disatukan, komputer-komputer itu hendaklah dikira sebagai satu komputer;

"Mahkamah" ertinya Mahkamah yang ditubuhkan menurut Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992 [Enakmen 2/92];

"mikrofilem" ertinya apa-apa bahan lutsinar yang mempunyai imej visual dalam saiz yang dikurangkan sama ada secara tunggal atau sebagai suatu siri dan termasuklah mikrofis;

"negatif" ertinya suatu fotograf negatif lutsinar pada apa-apa benda atau bahan, dan termasuklah apa-apa fotograf negatif lutsinar yang dibuat daripada fotograf negatif asal;

"qarinah" ertinya fakta yang berkaitan dengan fakta yang lain dengan apa-apa cara yang disebutkan dalam Hukum Syara' atau peruntukan-peruntukan Enakmen ini;

"saksi" tidak termasuk tertuduh dalam prosiding jenayah dan pihak-pihak dalam prosiding mal;

"syahadah" ertinya keterangan yang bersifat benar di Mahkamah dengan menggunakan lafaz 'Asyhadu' untuk mensabitkan hak atau kepentingan seseorang ke atas seorang lain, dan apabila sabit ia mengikat Hakim;

"tidak dibuktikan", sesuatu fakta adalah dikatakan 'tidak dibuktikan' apabila fakta itu tidak 'dibuktikan' atau tidak 'dibuktikan sebaliknya' mengikut Enakmen ini;

"urf" ertinya adat atau kebiasaan yang diiktiraf oleh masyarakat atau golongan orang tertentu sama ada dalam bentuk perkataan atau perbuatan.

(2) Bagi mengelakkan keraguan berkenaan sifat atau tafsiran perkataan atau ungkapan yang digunakan dalam Enakmen ini yang disenaraikan dalam Jadual, rujukan boleh dibuat kepada tulisan Arab bagi perkataan dan ungkapan yang ditunjukkan bertentangan dengannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.