ENAKMEN 4 TAHUN 2004
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (PERAK) 2004

BAHAGIAN VII - MASJID



Seksyen 88. Penyenggaraan masjid dan kawasannya.

(1) Masjlis hendaklah memastikan bahawa semua masjid di dalam Negeri Perak Darul Ridzuan berada dalam keadaan baik yang sepatutnya dan bahawa kawasan-kawasannya disenggarakan dalam keadaan bersih yang sepatutnya.

(2) Majlis boleh memperdapatkan dan menggunakan, atau membenarkan pemerdapatan dan penggunaan, wang khas bagi maksud apa-apa pembaikan dan penyenggaraan masjid, atau boleh membayar kos pembaikan dan penyenggaraan itu daripada Baitumal.

(3) Imam hendaklah dengan segera memberitahu Majlis tentang apa-apa keadaan yang memerlukan pembaikan dalam masjidnya, dan hendaklah memeriksa atau mengawal selia mana-mana pembaikan itu sebagai ejen dan bagi pihak Majlis.

(4) Tiada perubahan yang material kepada struktur masjid boleh dibuat tanpa kebenaran bertulis daripada Majlis.

(5) Majlis boleh mengarahkan sesuatu Jawatankuasa Kariah supaya menyenggarakan masjid yang di bawah tanggungjawabnya dalam keadaan baik yang sepatutnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.